Friday 6 February 2015

PERANAN IBUBAPA DALAM MENYEMAI SIKAP MENGHORMATI DALAN KALANGAN ANAK-ANAK

  Dalam era pascakemerdekaan, ibu pertiwi kita yang bebas daripada penjajahan kuasa asing telah pesat membangun bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Rentetan itu, semua rakyat Malaysia berasa gah dan bangga. Namun demikian, pencapaian yang dikecapi masih telah tidak memuaskan beberapa pihak. Hal ini demikian kerana, tahap rohaniah masyarakat kini semakin merosot apabila masyarakat dapat mengetahui bahawa generasi kini tidak menghormati warga emas yang sepatutnya disanjung tinggi. Maka hal ini memperlihatkan bahawa generasi kini mengalami pembangunan yang tidak seimbang dari aspek lahiriah dan rohaniah. Oleh hal yang demikian kerana, ibubapa harus turun padang untuk mengatasi masalah ini daripada terus menjadi tabiat golongan muda yang menjadi tunjang negara kita.

  Setelah mengkaji sehingga ke akar umbi, ibubapa harus memainkan peranan mereka dalam menyemai sikap menghormati warga tua dengan mendidik dan mengajar anak-anak supaya sentiasa memegang sikap tersebut. Hal ini dapat dilakukan apabila anak-anak madih bertatih lagi ataupun semasa anak-anak berumur setahun jagung. Hal ini demikian kerana segala perkara yang diajar kepada anak-anak akan mudah diterapdalam sanubari mereka dan seterusnya menjadi ikutan selagi hayat dikandung badan. Maka, sikap menghormati orang tua perlu disemai dalam diri anak-anak sejak bertatih lagi sesuai dengan kata-kata pujangga yang berbunyi melentur buluh biarlah waktu rebungnya. Tamsilnya, anak-anak perlu diajar supaya sentiasa bersalam kepada warga tua dan tidak meninggikan suara semasa bercakap dengan warga tua. SElain itu, anak-anak perlu dididik supaya menundukkan kepala sedikit semasa berjalan di hadapan warga tua. Tuntasnya, ibubapa hatus menyemai sikap menyemai orang tua sejak kecil lagi.

  Bertitik tolak daripada itu, ibubapa perlu menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana, setiap perkara yang dilakukan oleh ibubapa akan menjadi jejak langkah anak-anak. Hal ini seumpama dengan peribahasa bagaimana acuan, bagitulah kuihnya dan bapa borek, anak rintih. Oleh hal yang demikian kerana, ibubapa harus mempamerkan sikap menghormati warga tua dalam diri mereka. Sebagai contohnya, ibubapa harus menghormati dan mendengar nasihat serta pandangan yang dikemukakan oleh warga tua. Selain itu, ibubapa juga harus memberi keutamaan kepada orang tua meraka dalam melakukan sesuatu perkara. Selain itu, ibubapa harus memenuhiselaga keutamaan dan kehendak warga tua. Malahan, ibubapa tidak sepatutnya memaksa anak-anak supaya menghormati orang tua, sedangkan ibubapa sendiri tidak mempunyai sikap menghormati orang tua. Hal ini diibaratkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Tegasnya, ibubapa perlu menjadikan dirinya sebagai inspirasi kepada anak-anak.

  Bukan itu sahaja, ibubapa dapat menyemai sikap menghormati orang tua dengan memberi didikan agama yang sempurna. Hal ini demikian kerana, setiap agama mewajibkan umatnya menghormati dan menyayangi orng tua. Maka, sikap menghormati orang tua datangnya daripada penerapan ilmu agama sejak usia yang masih muda. Oleh hal yang demikian kerana, ibubapa perlu berperanan agar setiap anak mempunyai asas agama yang mantap. Senimam agung terkenal, Tan Sri P.Ramlee pernah mengatakan bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan, maka pincanglah lagu tersebut. Konsep ini juga boleh diasimilasikan antara agama dengan kehidupan. Agama dan hidup tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan, maka pincanglah hidup kita. Dengan pendidikan agama anak-anak akan lebih didedahkan dengan cara-cara menghormati orang tua. Deduksinya, penyerapan nilai agama dan kerohanian dalam diri anak-anak merupakan salah satu usaha untuk menerapkan sikap menghormati orang tua.

  Sudah terang lagi bersuluh, ibubapa juga dapat memperkasakan sikap menghormati orang tua dengan mengadakan pelbagai aktiviti kekeluargaan. Analoginya, majlis makan malam, hari keluarga, hari jadi nenek atau datuk dan lain-lain. Dengan demikian, ahli keluarga bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan persaudaraan, malah dapat menyemai sikap menghormati orang tua. Hal ini dapat diibaratkan seperti sambil menyelam, minum air. Hal ini demikian kerana, setiap majlis ini sememangnya mengutamakan warga tua dalam keluarga. Maka, ibubapa perlu memberi galakan dan dorongan kepada anak-anak supaya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Rentetan itu, anak-anak dapat mengenali dan berinteraksi dengan orang tua tersebut iaitu datuk dan nenek yang tinggal berjauhan. Sementara itu, warga tua tersebut akan berasa dirinya sentiasa dihargai dan dihormati oleh cucu mereka selain anak-anak. Di samping itu, aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk menghormati dan menghargai jasa orang tua. Tuntasnya, ibubapa harus memastikan anak-anak merekan menyertai aktiviti-aktiviti kekeluargaan.

  Sebelum menutup tirai huraian, ibubapa juga dapat menerapkan sikap menghormati orang tua dengan memberi kesedaran kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana, jikan sesuatu perkara disedar, maka anak-anak dapat menghayati dan menerapkan dalam diri mereka. Dalam hal in, ibubapa harus menyedarkan anak-anak tentang betepa pentingnya sikap menghormati orang tua dan jasa orang tua yang tidak ternilai. Hal ini dapat dilakukan melalui cerita dan pengajaran dan nilai murni. Selain itu ibubapa juga mengajar anak-anak supaya sentiasa mengutamakan orang tua dalam melakukan apa-apa perkara jua. Contohnya, semada menikmati juadah, anak-anak perlu mengutamakan orang tua untuk menikmati dahulu. Deduksinya, ibubapa harus menyedarkan anak-anak tentang kepentingan sikap menghormati orang tua.

  Mata pena ini telah sampai ke noktah maka daptlah saya bersimpul bahawa ibu bapa memang haus memainkan peranan vital dalam memupuk sikap menghormati orang tua. Untuk mencapai usaha ini, setiap ahli keluarga patut memainkan peranan masing-masing tetapi bukan menadah tangan ke langit untuk menunggu kejatuhan lampu ajaib Alaidin. Jika tidak, kerohaniahan golongan muda ini akan merosot di samping keruntuhan akhlak anak-anak akan menjejaskan nama aik keluarga kerana setiap sikap yang dimiliki olah anak-anak dikatakan sebagai pantulan daripada sikap keluar. Maka, ibubapa harus berusaha untuk merealisasikan sikap menghormati warga emas dalam sanubari anak-anak supaya mereka dapat memahami bahawa dunia ini berputar dan pada suatu hari diri mereka jua menjadi tua serta mengharapkan layanan yang sopan daripada generasi yang lebih muda daripada mereka.